Bali Dolphin

7 Nov 2019 – Merancang

Finally gais! Plan nak bercuti dah ready untuk dilaksanakan. Tahun ni kitorg nekad nak sempurnakan bucket list masa study yang dah lama tertangguh tu. Destinasi kali ni ialah Bali,Indonesia.

Honeymoon? Bali bukan tempat utk honeymoon jer, kalau pandai cari aktiviti, destinasi ni boleh jadi satu pengembaraan yang sangat unik. Kali ni kitaorg amik pakej kembara Raja Cuti iaitu Bali Dolphin. Bukan pengalaman bercuti yang biasa ni 😉

 

Ada pakej best yang cover tempat jenjalan kat Bali ikut pakej Kembara Raja Cuti. Kenapa pilih pakej ni? Sebab pakej ni dah tolong cover perjalanan ‘on ground’ sepanjang kat sana. Plus, ada masa juga untuk buat aktiviti sendiri, takde lah terikat dengan jadual perjalanan yang melelahkan.

Bab booking flight…pasal kitorg bukan amatur (hihihi) so dah pandai dah cari deal yang murah sikit. Hati memang dah set nak fly dengan AirAsia, tapi sebab nak pastikan airlines lain takde buat potongan harga tetiba, so kitorg survey kebanyakkan airlines yang terbang ke Bali.

 

Part bestnya trip kali ni, kitaorg nak cover sebanyak mungkin tempat yang boleh pergi masa ada free and easy time tu. Bukan selalu dapat ke tempat orang kan so kita pun kena explore!

Uiii eksaitednya uols hehe Ouh ya! Nak tengok apa aktiviti kat sana nanti? Tunggu 😊

 

14 Nov 2019 – Merancang

Passport ngan tiket ke Bali dah settle. Yeay! Oh ya, pasal eksaited sangat sampai lupa nak share hotel detail. Pakej Kembara Raja Cuti tu dah termasuk hotel sekali. Standard twin sharing ngan breakfast. So part nak tidur kat mana tu dah tak payah risau. Hotel yang disediakan pun tak lah jauh sangat dari Kuta. Kalau nak check out hotel yg kitorg duduk nanti boleh klik https://www.solaris-hotels.com.

Kalau tak nak kelam kabut, boleh buat list macam kat atas tu. Bila dah ada, jgn lupa tick untuk pastikan list tu sentiasa up to date.

Okay, kitorg dah senarai pendekkan tempat-tempat untuk aktiviti bebas kat Bali. Pening jugak, masing-masing ada idea sendiri. 😊 Tapi 2 tempat yang memang kena check out ialah Waterbom dan Bali Swing. Waterbom tu salah satu taman tema yang femes kat Indonesia dan yg paling extreme sekali kat Asia. Water slide dia peerrghh! Kalau ikut Google Map, tempat tu 15 min je jalan kaki dari hotel kitorg. Memang cantekkk. dalam 15 minit jalan kaki.

 

Tempat lain dalam senarai termasuk Garuda Wisnu Kencana, Bird Park dan Bali Zoo. Garuda Wisnu Kencana ni salah satu statue yang terbesar di Indonesia dan ofcoz tempat wajib kena pergi bila sampai Bali. Tempat ni dengan hotel kitaorg dalam 25 minit naik kereta. Okay la kan, tak jauh jugak tu!

Selain itu, taman burung kat Bali. Salah satu tempat tarikan di Indonesia, taman yang berkeluasan 2 hektar ini, dan menempatkan hampir 1000 burung eksotik yang bukan sahaja dari Indonesia, malahan dari seluruh dunia. Tempat ini dianggarkan 50 minit naik kereta. So tak tahu la yang ni sempat pergi ke tak haha Tapi takpe! Kita masuk je dalam list 😛 Macam tu jugak dengan Bali Zoo. Agak jauh sedikit lebih kurang dalam 55 minit naik kereta tapi tengok tempat dia mcm best je hahah

 


Aduhaiiii godaan betul! Rasa mcm semua tempat la nak pergi 😛 Last sekali dalam list ialah Bali Swing. Tapi siapa yang gayat tu better takyah la ye heh. Hopefully sempat la nak cover semua tempat 😛 Berangan tak salah kan uhukkss. Now, kitorg tgh busy nak buat persiapan barang-barang dan juga details lain yang kena ada sebelum ke Bali. Nak tahu tunggu posting akan datang ok.

 

20 Nov 2019 – Persiapan Part 1

Walaupun cuti 4 hari je tapi kerja kat ofis tu tetap kena pulun siapkan sebanyak mungkin haha Atleast masa cuti nanti orang tak kacau 😛 (tapi takpun). Tu yang busy namati beberapa minggu ni! Sampai tak sedar tinggal seminggu je lagi nak gerak hehe Seterusnya moh ler kita siapkan barang yang diperlukan.

Lupa nak bagitahu yang kitaorg tak jadi amik AirAsia tapi kita pilih terbang bersama Malindo Air kalini. First, harga dia murah dalam seratus macam tu, jadi kira okayla! Jimat 😊 Second, untuk pergi ni kitaorg tak amik extra baggage tapi jangan risau, Malindo Air ni pun ada bagi 7kg baggage percuma untuk bawak dalam flight. Disebabkan kitaorg memang pergi bawak brg tak banyak so kitaorg mmg pilih untuk tak beli extra baggage. Kitaorg cuma beli extra baggage bila nak balik dari Bali ke Kuala Lumpur. Yelah, kalau2 banyak benda tertawan hati nanti, senang nak bawak balik untuk buah tangan 😊

 

 

Benda paling penting bila nak travel ni, kena print tiket flight, itinerary dan juga passport. Tak lupa juga simpan dokumen penting ni dalam Google Drive atau OneDrive. Kita takla minta benda tak baik jadi tapi kena amik langkah berjaga-jaga tau. Atleast kita boleh cek kat pc atau secara online. Takla kita kelam kabut nanti!

 

Part yang dinantikan haha Jom plan baju apa nak bawak! Tak shabar uols. Since cuaca kat sana diramalkan panas sepanjang kitaorg kat sana, jadi kitaorg plan bawak baju yang nipis dan selesa.

 

Trip ke Bali ni 4 hari 3 malam jadi baju yang akan bawak dalam 4 atau 5 helai, seluar pula dalam 2 atau 3 helai dan shawl selalu kita akan bawak dalam 4 helai. Hat yang shawl ni, prefer untuk bawak yang takyah gosok hehe Senang dan memudahkan kita 😛 (tapi kalau korg bawak baju dan seluar sikit pun takpe sebab kat sana korg boleh shopping haha). Okay! Settle dah pasal baju hihi

 

Macam kitaorg cakap tadi, kitaorg bawak beg kecil dan comel je sebab nak rasa pengalaman trip adventure gitu. Pernah tak rasa eksaited tapi dalam masa takut? Haa itulah kitaorg rasa huhu Harapnya semua urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar hehe

Ni baru part 1 tau hehe Nantikan Diari Kembara http://bit.ly/BaliDolphin persiapan barang keperluan part 2! pulak hehe Yang tu kita akan bagitahu lebih tentang tentang tukar duit, internet dan lain-lain.

 

26 Nov 2019 – Persiapan Part 2

Sekarang jom kita settle kan pasal duit pulak.

 

Biasanya bila kita travel, mesti dah siap-siap keluarkan wang tunai ikut pada amaun yang kita nak bawak. Tapi untuk backup plan, kita ke bank untuk aktifkan kad ATM tu supaya boleh guna di luar negara dan terutama berguna semasa kecemasan.

Ada kawan bagitahu bila di Bali nanti, cari ATM yang mempunyai logo PLUS. Sebaiknya kalau kita nak ke ATM, elakkan pergi pada hari sabtu atau ahad sebab risau kad kena telan dengan mesin, kita hanya boleh dapat semula pada hari bekerja dan semua kad ATM tidak berfungsi pada tengah malam pukul 12 malam sehingga 2 pagi kerana pada waktu itu sistem tengah down.

Sebaiknya keluarkan atau siapkan duit kecil yang mencukupi ketika ini okay? Karang mengagau pulak korang bila tak ckup duit tu! Next stop kita ialah tukar duit RM ke rupiah hihi

 

Untuk pertukaran duit ini, pastikan korang dah ada list seperti duit belanja, duit makan, duit beli ole ole, duit untuk masuk tempat menarik dan lain-lain. Bila ada list ni, senang korang nak keep track dan tahu duit tu simpan untuk bila. Takla korg nanti asyik nak bershopping je haha Tapi jangan lupa juga prepare duit lebih untuk sebarang kecemasan okay?

 


Bila kita ke negara orang ni, mesti banyak gambar nak amik kan? Pastu nak upload kat Instagram lagi. Jadi mestilah kena beli internet hehe Kita ada dua pilihan iaitu satu, kita boleh beli simkad masa sampai kat airport Bali. Kedua, kita boleh beli dengan telco. Kitaorg pun memang dah lama guna postpaid Maxis, so kita amik je plan data roaming yang ditawarkan iaitu RM38 satu hari, unlimited calls dan SMS serta 500MB.

 

Haa, penat menaip ni haha Tu je untuk kali ni. Rasanya macam nak cover semua! And kita dah ready to FLYYYY hihi Stay tuned untuk Diari Kembara perjalanan kitaorg kat sana, 30 November ini okay? Kot2 boleh bagi korg idea mana nak pergi nanti hehe

 

29 Nov 2019 – Pengangkutan

Haluuuuu sis dan bro semua 😊

Harini dah hari Jumaat (29/11) dan esok dah nak gerak ke Bali, Indonesia. Dah alang2 tengah terfikir apa lagi nak bawak (Biasalah gegurl kan overthink 😛), tu yang curi masa sikit untuk tulis diari ni hehe

Since flight kitaorg awal pagi, so kenalah prepare beberapa pilihan pengangkutan untuk ke airport. Selalunya sebelum pilih tarikh bercuti, awal2 dah bagitahu ahli keluarga supaya dorg boleh tolong hantar hihi Kita pun dapatlah jimat tang transportation kih3 😊 tapi kenkadang tu boleh jadi last minute semua sibuk, tak dapat hantar jadi kenalah ada pilihan lain!

 

Kitaorg memang akan buat pilihan atleast tiga tapi yang memudahkan kita untuk bergerak la ye. Antaranya ialah satu, naik KLIA Ekspress kat KL Sentral tu. Harga satu perjalanan hanya RM55 dan korang boleh terus check in luggage kat sini jugak tau. So bila dah check in, korang dah takyah risau dan just bawak diri sampai airport.

 

Dua, book grab dari rumah ke KLIA. Kalau mcm sis, sis selalu kena dalam RM65. Okay, pilihan ni boleh jadi kenyataan bila dah terdesak sangat2 haha Sebab itu sis sebolehnya elakkan guna pilihan ni! Sis akan cari jugak orang yang boleh tlg hantar hihi

 

Tiga, minta tolong ahli keluarga hantarkan guna kenderaan sendiri. Sis selalu guna pilihan ni hehe Tapi kena bagitahu dorg awal-awal tarikh dan pukul berapa flight kita tu tau! Kang mahu bergaduh pulak takde siapa nak hanto 😛 Kalau guna kenderaan sendiri, hulurkan la sikit fulus untuk minyak dan tol, takla orang yang nak hanto tu rasa ralat kan hihi (Tips untuk amik hati adik beradik or parents kalau dorg tlg hantarkan 😊)

 

 

Last sekali ialah boleh Park N Ride Salak Tinggi. Tempat ni kat sebelah KLIA transit station dan salah satu tempat parking murah untuk korang park kereta sementara korang bercuti tu. Parking ni dibuka 24 jam tau so korg takyah risau kalau flight korang awal pagi. Caj parking yang dikenakan seperti berikut:
• RM3.00 (sekali masuk)
• RM5.00 (bermalam/overnight (tambahan))
• RM1.00 (motosikal)
• RM50.00 (dikenakan kalau kehilangan tiket)

Dari sini kita boleh naik ERL Salak Tinggi. Caj yang dikenakan bagi penumpang yang naik dari ERL Salak Tinggi ke KLIA hanya RM 4.90 (sehala) dan masa dalam 7 minit.

Okay, cukup sampai sini dulu! Sis nak sambung mengemas pulak hehe Stay tuned kalau korang nak tahu apa aktiviti kitaorg kat sana.

 

30 Nov 2019 – Perjalanan Hari Pertama

Finally gais, kita dah sampai di Ngurah Rai Airport! Eksaited sangat akhirnya sampai Bali. Sebelum kita mulakan adventure kat sini perut kena isi dulu 😊 Kalau kat Indonesia, makanan kebangsaannya apa lagi kalau bukan bakso. Kat arrival ni ada Bakso Lapangan Tembak Senayan. Syiok!

Kalau korg tak rasa nak makan bakso, banyak pilihan lain kat Ngurah Rai ni. Kalau nak makan kat luar arrival hall ada pilihan kudap2 dan kue tradisi utk alas perut especially kalau korang sampai awal.

Pasal pengangkutan nak ke hotel, pakej yg kitorg amik ni memang dah sediakan kenderaan untuk ke hotel. Tapi, kalau korg travel tak ikut pakej, baik buat booking awal2 utk elak kena tipu dengan taxi mafia kat airport tu. Plus, harga tambang keluar dari Ngurah Rai biasanya 50% lagi tinggi kalau guna teksi rasmi, Koperasi Taksi Ngurah Rai yg dibenarkan beroperasi kat situ.

Kalau nak amik teksi yg murah sikit, kenalah pakai Blue Bird Taxi. Cuma Blue Bird Taxi ni tak boleh pick-up orang kat arrival. So, apa yang korang boleh buat adalah jalan sikit ke departure hall. Taxi Blue Bird ni boleh drop-off org kat departure. Pastikan taxi pasang dulu meter sebelum jalan okay. Kalau nak, korg boleh muat turun app Blue Bird Taxi ni utk kegunaan sepanjang berada kat Bali. Lagi senang.
Kalau nak pakai Grab pun boleh. Biasanya tambang dia 70% lagi murah dari semua perkhidmatan teksi yang ada.

Okay gais…yg ni special sikit. Kalau dah travel jauh-jauh mesti badan letih kan. Lagipun kitorang gerak awal pagi kot. So, apa yang kita perlukan adalah sesi urut! 😊 Yg ni free pasal booked dengan Pakej Kembara Raja Cuti. 1 jam sesi manjakan diri kat Aroma Spa, Bali Brasco. Legaaaa…

Malam pertama ni kitorg akan tidur @Solaris Kuta! Boleh la cuci mata skit hahaha. Jarak hotel dari Ngurah Rai? 2.9km jer. Dekat kan 😊 Bilik superior dia ok la…kemas, functional dan selesa. Tapi yg penting ada wifi okay.

 

Check in sudah, barang pun dah settle dalam bilik. Satu je lagi, perut lapar pulak. Bakso yg kitorang makan kat airport tadi tak cukup. Hihihiiii. So, kitorang pilih utk lunch kat hotel je. D’Pine Restaurant ada makanan lokal dan juga western. Choice memang banyak 😊 Kenalah isi perut dulu pasal lepas ni kitorang nak g shopping kat Kuta!

OMG! Rambang mata gais kat sini. Rasa macam semua nak beli, kalau la airlines tak kenakan baggage fee dah lama dah kitorg borong semua. Hahaha. So, nasihat untuk korg, tetapkan iman. Beli yang betul-betul berkenan je. Oh ya, jangan lupa tawar harga tau. Kebiasaan kat Bali ni, harga yg peniaga letak tu sebenarnya tinggi. Lebih 300%! So kena bargain sampai lebih dapat lebih kurang 1/3 harga okay la.

 

Untuk dinner, kitorg pilih utk makan kat Ayam Betutu Khas Gilimanuk di Jalan Raya Tuban Kuta. Harga untuk hidangan ¼ ekor harganya Rp. 26.000, ½ ekor Rp. 43.500 dan 1 ekor ayam betutu harganya Rp. 76.500. Nasi dan hidangan sampingan macam sayur kangkung, kacang goreng dan sambal memang dia bagi sekali. Halal…jgn risau. Kat area Kuta ni ada banyak pilihan warung makan halal. Boleh Google je sebelum pergi. Senang je.

 

Perut dah kenyang, apalagi kita balik hotel la. Lagipun satu hari ni penuh dengan aktiviti berjalan. Rehat dulu sebab esok kita nak tengok ikan lumba-lumba kat Lovina Beach pulak.

 

1 Dec 2019 – Perjalanan Hari Kedua

Hari ni kita breakfast sambil bersenang lenang kat depan swimming pool. Sarapan pagi memang termasuk dalam pakej ok, so bedal je. Pilihan English breakfast Kat sini tak banyak tau pasal diorang lagi suka promote makanan lokal. Bab rasa tu tak la lari jauh sangat ngan tekak org Malaysia.

 

First destinasi hari ni, kitorang ke Sari Amerta. Yang ni tempat pembuatan batik kat Gianyar. Batik lukis tangan yg femes kat Bali ni datang dari sini la. Kalau nak beli batik kat sini boleh, Cuma harga dia mahal skit. Tapi kalau cakap bab corak dan kualiti kain, gedung pameran batik diorang memang win. Sempat jugak singgah kat Yatra Galeri, tempat artis tempatan buat aksesori dari perak ngan emas. Semuanya handmade ok. Setiap design tu memang rare, tapi tu lah, tak leh amik gambar 😊

 

Sampai haritu dah gi shopping manja-manja kat Kuta tapi kali ni kat Ubud Market pulak. Kat Kuta tak lah banyak sgt beli, yang banyak usha barang ngan harga. Bukan apa, last day kat Bali nanti kita masih ada masa nak shopping kat Kuta. Lagipun kalau baca review sebelum datang hari tu, memang diorang kata harga barang kat Kuta ni mahal sikit. Maklumlah ni kan town…banyak tourist.
Bab transport ke Ubud, jangan risau. Paket Kembara Raja Cuti ni memang datang dengan pemandu yg dah dibooking tuk bawak kita jenjalan. Pada korang yg tak nak pening kepala cari teksi atau Grab, booked pakej macam ni paling senang. Lepas tu tak payah pikir lagi bab kasi tips, semua dah dibayar.

Satu jam juga lah perjalanan dari Kuta ke Ubud. Sempat la curi-curi tido jap dlm kereta. 😉 Ubud market ni ada 2 tau. Satu Ubud Art Market, satu lagi Ubud Street market. Sebelah-sebelah je.

Apa yg best kat Ubud Market ni? OMG…barangan perhiasan perak dia sangat cun. Tapi mahal sikit la, pasal org tempatan yg buat. Tapi yg satu ni memang korg kena beli. Batik Bali gais! Corak dia…ya ampunnn. Cantik sangat. Kalau tak sebab cukai bagasi, habis berkodi-kodi kain ni kitorg borong. Hahahaaa. Tapi takpe, dapat sambar sehelai dua pun jadilah.

Kat sini kalau nak beli barang jangan lupa bargain tau. Dapat la murah sikit…especially masa nak beli beg rotan Bali okay. Rambang mata!

 

Abis shopping, kitorang gerak gi Kintamani pulak. Eksaited dapat peluang tengok gunung berapi yg masih aktif depan mata. Dari Ubud ke Kintamani amik masa lebih kurang satu jam lagi. Dapat lah kitorang rehatkan kaki pasal tadi dah pulun berjalan beli barang, lepas ni nak mendaki pulak. Kata nak adventure kan.

Lunch hari ni kita makan sambil tengok pemandangan Gunung Batur. Buffet yg dah memang ada dlm pakej kat Kintamani Restoran. Pilihan makanan dia memang banyak. Ada gado-gado, sate, sup tomato, nasi goreng… eh banyak lah.

Keadaan kat Kintamani ni lain dari Kuta dan Ubud. Sini tak lah sesak sangat ngan orang…hihihi.

Pemandangan Gunung Batur ni memang cantik. Susah nak gambarkan dengan perkataan, ala-ala gambar dalam poskad kau. Ceh…nostalgia. 😊Tapi kena naik tangga sikit la pasal nak tengok kawah gunung berapi ni. Kalau ada peluang korg kena lah datang sendiri. Oh ya, kat sini sejuk skit. Pada yang tak tahan sejuk, make sure korang ada bawak jaket.

 

 

Now kita nak pergi Lovina Beach pulak. Kena check in kat sana pasal esok pagi ada aktiviti super special yang kitorang dah booked kat Lovina Beach. 😊 nak tau pasal tu, esok punya cerita lah.

Dari Kintamani ni amik masa 2 jam la lebih kurang nak sampai Lovina Beach. Sebab tu kitorang sarankan amik pakej yg dah siapkan driver…kalau tak berdarah la nak bayar duit sewa teksi. Tapi 2 jam kematu dalam kereta tu rasa berbaloi sgt la bila sampai kat hotel kitorang.

Sumpah cantik sangat! Kitorang check in kat Aneka Lovina Villas & Spa. Ha ingat tu. Korang kalau sampai kat Lovina ni kitorang rekemen check in kat sini.

 

 

 

Bilik cantik, ada wifi, suasana dia tak lah bising macam kat Kuta dan pantai Lovina kat seberang jalan je 😉 Jangan terkejut tau bila korang jenjalan kat pantai Lovina ni pasal pasir dia warna hitam. Lain sikit dari biasa.

 

Dinner kitorang mlm ni Purnama Restoran. Serius best sebab dapat makan sambil dengar ombak kat pantai. Dinner pun termasuk dalam pakej Kembara Raja Cuti ni. So tak pening nak cari tempat makan halal.

 

So, ni masa kitorang nak rest. Esok pagi ada aktiviti awal pagi nak buat. Lagi awal dari bangun gi opis. Stay tuned!

 

2 Dec 2019 – Perjalanan Hari Ketiga

 

Hai gais! Pagi ni kitorg kena bangun awal pasal nak buat aktiviti special. Satu…nak tengok matahari terbit kat Lovina Beach. Dua…kita nak pergi tengok dolphin!

Ini sebab utama amik pakej Kembara Raja Cuti yang ni. Pasal kita boleh berenang ngan dolphin kat laut. Bukan senang nak dapat peluang ni. Biasa kita nampak dolphin dalam akuarium je tapi kali ni ada peluang untuk tengok haiwan adorable ni depan mata. Tapi jangan lupa alas perut sikit…pasal breakfast hanya disediakan lepas habis tour ni. Nasib baik bawak bekal sambal ikan bilis goreng ngan roti 😉

Kena keluar pagi pasal ni lah masa dolphin keluar cari makan. Jangan risau, bot-bot tradisi Bali kat sini memang biasa bawak pelancong tengok dolphin. Kalau nak turun berenang ngan dolphin ni pun boleh tapi kena bayar lebih sikit la.

 

Mula-mula sampai kat tengah laut cari dolphin tak nampak pun….maklum la mata baru buka. 6.00 pagi kitorang dah ada atas bot tau! Rupanya kena pergi jauh sikit ke arah barat baru jumpa. Surreal sangat tengok ikan ni timbul kat permukaan laut. Biasa diorang berenang dalam group so senang nak nampak. Ada juga yg tunjuk aksi flip kat tourist. Memang best. Bot ni pulak dia akan bawa kita kejar kumpulan dolphin ni. Jangan takut la kalau laju sikit. Bot ni selamat walaupun nampak kecik. 2 jam juga kitorang kat tengah laut tu layan dolphin.

Lepas breakfast, kitorg check out dari Aneka Lovina untuk ke Bedugul. Macam sebelum ni jugalah, pengangkutan dah termasuk dalam pakej. Senang je kan. 😊 nak ke Bedugul dari Lovina amik masa lebih kurang 1 jam la ikut Jl. Raya Wanagiri. Ini route paling cepat, so kalau korang jenis yg travel sendiri tak ikut pakej, hati-hati. Jangan sampai kena pusing jalan jauh bila naik teksi. Pasal kitorang pakai personal driver, dia bawa lalu jalan perkampungan. Layan lagu Bali dalam kereta sambil tengok pemandangan sepanjang jalan. Sempat la admire seni bina rumah tradisi Bali, hutan pokok pine (kat Malaysia payah nak jumpa ni) dan tengok penduduk Bali buat upacara keagamaan.

Biasalah, kalau dah sampai Bali tapi tak melawat Ulun Danu Temple memang tak sah. Sebab itu kitorg gerak ke Bedugul. Nak sangat tengok pemandangan syantikkk kat Ulun Danu. Bila lagi nak update gambar Instagram dengan shoot ala-ala model kan 😉

Pasal makan kat sini jgn risau, dah disediakan semuanya dan yg penting halal. Lunch buffet ari ni kat Ulun Datu Resto.

 

Dah puas kat Bedugul ni, kitorang gerak gi Tanah Lot pulak. 1 jam setengah dalam kereta! Boleh tahan jauh la… Tapi pasal hari panas sangat, kitorang singgah dulu kat Agung Bali. Relaks dlam tempat aircond sambil beli ole-ole 😊

 

Finally, sampai gak kat Tanah Lot. Yang paling terkenal kat sini of cos la Tanah Lot Temple. Korang bayangkanlah, struktur pura ni tetap teguh walaupun batu tempat dia dibina tu kena hentam dengan ombak hari-hari. Memang cantik sangat!
Sebenarnya masa paling sesuai kalau nak melawat Tanah Lot ni bila diorang buat keramaian yg dipanggil Odalan. Odalan ni disambut setiap 210 hari. Masa tu boleh tengok org Bali turun sembahyang dan yg perempuan bawak barang persembahan yg diorang bawak atas kepala. Tapi takpelah, bukan rezeki kitorg nak tengok benda tu.

Dah puas ambik gambar semua ngan beli sikit cenderahati dari sini, kitorg gerak ke Kuta untuk check in. Hotel dia sama je macam haritu, Solaris Kuta. Penat kau…rasa nak pejam je ni. Tapi dek kerana perut lapar, terpaksa lah kitorang dinner dulu. Hahaha..terpaksa la sangat. Serius gais, makanan kat sini semua sedap2. Beza lah dengan makanan Indonesia yg kita makan kat KL tu.
Terutamanya dinner malam ni. Menunya nasi padang kat Simpang Raya Bali.

 

 

Lauk dia memang sedap. Rasa semua rempah ngan pedas dia!

Ok semua, kita nak rehat dulu sambil pack balik semua barang dalam luggage. Esok dah nak balik KL…sob sob. Kalaulah cuti ni panjang sikit, banyak lagi tempat nak pergi sebenarnya. Tapi nak buat camne. Maybe tempat yang kita tak sempat nak pergi tub oleh masuk dalam list untuk lawatan yg seterusnya. 😊

 

3 Dec 2019 – Bye Bali!

 

Hari ni kita say bye bye Bali! Serius gais, 4 hari rasa tak cukup. Banyak lagi tempat tak cover 😊 Takper…next time boleh datang lagi. Pakej Kembara Raja Cuti ada banyak lagi tour lain ke Bali. Takde masalah kalau nak repeat datang Bali lagi pasal setiap pakej tu berbeza. Syok!

 

Hari ni tak banyak sangat aktiviti sebab flight kitorg awal, so takut tak sempat kalau nak pergi jauh-jauh. Last minute shopping pun dah buat semalam kat Kuta.

Breakfast kat hotel je macam biasa.

 

Kitorang cadangkan sapa-sapa yg nak holiday kat Bali ni amik terus seminggu. Baru dapat keliling seluruh pulau.
Serius gais. Banyak yg kita boleh tengok. Architecture bangunan dan rumah tradisi Bali, perusahaan diorg…and of coz food, urut dan shopping! Memang syok!

Tapi dari sini dulu untuk kitorang dari Bali untuk Kembara Raja Cuti. Kemana destinasi kitorg lepas ni? Kena tunggu la. 😊

 

 

4 Dec 2019 – Recap

Hai koranggg. Selamat kembali ke Diari Kembara 😊 Since harini dah masuk ofis, barulah ada masa nak story sikit apa yang kitaorg buat kat sana hehe Stay tuned sampai habis ye! Mana tahu kalau korg pun ada planning nak ke Bali, so boleh buat ni as rujukan korg hehe

 

HARI PERTAMA – 30/11/2019

Jejak je kaki kat Igusti Ngurah Rai Airport, kitaorg dah rasa amazing betui sebab besar weh airport dia haha (tapi korang make sure bila book tiket tu pilih Denpasar, Bali tau sebab airport ni terletak kat kawasan Denpasar tu) Kemudian, kitaorg dijemput oleh Mas Randy dan dipakaikan bunga dulu pastu baru ke mobilnya. Dari situ baru mulakan aktiviti mencari simkard dan makan tengah hari di Malioboro, salah satu tempat halal yang korang boleh pergi, kitaorg order Ayam Presto Goreng Krispi.

 

Dah siap isi perut, kita gerak ke Agung Bali, tempat shopping di Kuta. Baru first day dah p shopping uols hehe Nasib iman kuat! Tak shopping memacam lagi kahkah Lepas cuci mata tu, kitaorg gerak ke tempat message! Yang ni complimentary, diberi dalam pakej, dapat message selama 1jam. Serius puas giler haha Dia punya layan tu sampai tertido la 😛 #janganjeles. Ouh ya, tempat kitaorg buat message ni kat Mango Spa, Bali Brasco.

 

Kemudian baru gerak ke Uluwatu Temple. Since tempat ni tak masuk dalam pakej jadi kitaorg kena bayar 200,000 rupiah seorang, tapi kalau nak tengok tari kecak api sekali kena tambah lagi 100,000 rupiah. Tari Kecak Api ni bermula pukul 6 petang so pandai2 la korg plan okay kalau korg nak tengok la. Just nak bagitahu kat sini banyak monyet tau so jaga-jaga dengan barangan korang sebab dia suka betul amik cermin mata haha Jadi better datang sini bawak beg kecik atau bawak apa yang patut je!

Dah puas main aci aci dengan monyet dan tengok sunset kat Uluwatu ni, baru kita gerak ke tempat makan malam. Makan malam untuk harini seafood. Portion dia banyak weh untuk 2 orang makan, jenuh kitaorg nak habiskan kahkah Kitaorg dinner kat Akame Restaurant. Makanan dia sedap dan halal tau, tu yang penting.

Lepas tu barulah kitaorg check in haha Dah malam baru nak check in weh! Trip ni la yang paling rare! Hotel untuk malam ni, hotel 3 bintang iaitu Solaris kuta. Hotel ni kitaorg rekemen untuk korang stay sebab dekat dengan mini mart dan ATM. Takyah risau pasal wifi sebab wifi sini laju!

 

HARI KEDUA – 01/12/2019

Pagi ni kena bangun awal sebab nak ke Pantai Lovina pulak. Jadi seawal pukul 8 dah pergi breakfast dan check out, pukul 9pagi tu dah gerak. Harini pun kita akan berjalan sakan ye uols. First stop kitaorg pergi Batik Sari Amerta, tempat buat dan lukis kain batik. Serius kat sini batik dia semua cantik dan hasil lukisan dia menawan hati! Kalau tak kuat iman, habis dah borong (konon je haha). Nak masuk dalam takleh amik gambar so ni je yang kitaorg boleh tunjuk.

 

Kemudian, kitaorg gerak ke Yatra Gallery iaitu tempat penghasilan silver dan emas yang berkilauan. Tempat ni kalau korg nak pergi make sure bawak fulus banyak sikit ye! Puas hati dapat berjalan dalam kedai tu tengok emas dan silver walaupun tak beli pape huhu
Kemudian gerak ke tempat yang selalu pelancong pergi iaitu Ubud Market. Barang-barang kat sini memang banyak giler! Tapi secara jujurnya kat sini pun takla murah sgt, ada beberapa benda je yang murah seperti batik dan beg rotan. Selain itu, kat sini korg nak cari benda pelik dan rare, kat sini banyak okay haha

 

Kitaorg amik masa atleast satu jam kat sini untuk membeli belah pastu baru gerak ke Kintamani. Bila sampai je sini, kitaorg lunch dulu kat Kintamani Restaurant. Kat sini buffet style so macam2 makanan dia dan yang pastinya halal!

Kemudian kitaorg naik kat bahagian bumbung tu boleh nampak view tempat ni. Serius cantik! Siap boleh nampak gunung berapi yang masih aktif. Cumanya kitaorg tak sempat nak bergambar kat Bali Swing sebab baru lepas makan haha Kang ada pulak yang duk uwek uwek kat situ! NO NO.

 

Dah puas bergambar kat sini, barulah kita gerak ke hotel Aneka Lovina Villa & Spa. Jalan kat sini rasanya lagi tajam selekoh dia daripada Cameron Highland tu. Akhirnya sis pun tidur dengan lena dibuai lagu traditional Bali untuk mengelakkan kejadian muntah dalam kereta hahaha Kawan sis je yang tak tido sgt dan dia ada bagitahu yang sepanjang jalan ni view dia memang lawa giler!

 

Perjalanan dari Kintamani ke hotel lebih kurang dalam 2 jam lebih. So bila dah sampai sini terus check in, letak barang dalam bilik pastu rehat kejap! Dalam 30 minit cmtu baru kitaorg keluar tengok pantai. Eventho ada kolam renang ni pun tetap kitaorg tak sempat nak pergi haha Baru dua hari tapi muka dah mula terasa burn huhu Makan malam pun disediakan kat hotel tu jadi senang takyah nak kuar cari makanan! Senang betui guna pakej ni hehe Siap je dinner, balik bilik dan rehat sebab esok awal pagi dah nak kena bangun untuk dolphin tour pulak.

 

HARI KETIGA – 02/12/2019

Seawal 6pagi dah gerak naik bot untuk Dolphin Tour, salah satu keistimewaan pakej ni. Almaklum la pertama kali nak tengok ikan lumba lumba ni, eksaited dia lain machem hehe Ramai juga sebenarnya yang tengok dolphin pagi-pagi ni! Berlumba la kitaorg mencari ikan lumba lumba 😛 Untuk orang yang mabuk laut tu pikir la banyak kali nak buat aktiviti ni ke tak hehe Sebabnya sis ada satu ketika tu terasa jugak pening lalat dan mual tapi nasib baik tahan! Kalau tidak ikan lumba lumba makan pagi uwek uwek sis hahaha

 

Sekurang-kurangnya 2 jam sesi mencari ikan lumba lumba ni. Best! Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Kemudian balik ke hotel dan breakfast. Sorang breakfast american, sorang lagi breakfast indonesian food hehe

 

Lepas tu kitaorg siap2 mandi dan kemas semua untuk check out. Aktiviti seterusnya kitaorg ke Daya Tarik Wisata Ulun Danu Beratan di Bedugul. Kat Bali ni memang terkenal dengan temple! Hasil ukirannya pun cantikkk! Masa kitaorg sampai sini, orang pun dah makin ramai walaupun tengah hari dan panas, tu yang bertambah burn muka masing-masing haha Tapi kadang2 tu terasa angin sejuk dia, sebab sini pun dah atas gunung kan!

 

Tempat makan tengah hari iaitu Ulun Danu Beratan Resto pun kat sini, jadi dah puas bergambar tu meh sini perut dulu hehe Tempat makan sini pun buat style buffet so senang kitaorg nak pilih makanan. Kalau rasa kenyang lagi, korg boleh makan sikit-sikit asalkan makan sebab nanti kita nak ke Tanah Lot Temple pulak. Tapi disebabkan kitaorg dah sampai awal, untuk kill time kita ber-shopping lagi di Agung Bali kat kawasan yang berdekatan dengan Tanah Lot Temple tu, kat sini serius murah! Macam2 kitaorg beli haha Ada la dalam 45 minit dalam kedai ni 😛

 

Kitaorg gerak ke Tanah Lot Temple tu dah petang sikit so takla panaih sangat hehe Tapi muka ‘burn’ tu biasa la kan 😛 Besar jugak tempat dia ni. Sis memang eksaited habis, semua tempat nak bergambar haha Jadi model kejap gitu (perasan). Kitaorg suka sangat tengok ukiran kat kawasan temple ni, cantik and nampak mcm hidup tapi ada tu sebenarnya dorg lukis je tau! Kreatif sgt!

Kitaorg enjoy sangat trip sehingga hari ini! Sebab bukan selalu dapat tengok tempat yang menarik seperti temple di negara orang. Sesudah je bergambar, kitaorg gerak ke next destinasi iaitu tempat makan malam! Masakan padang, Restoran Simpang Raya, Bali. Second time sis makan masakan padang dan kalini sis enjoy! Setiap lauk dia cukup rasa dan sedap. Awal dinner kitaorg hari ketiga ni haha Malam tu memang keluar balik and beli meggi kahkah Lapo weh!

 

Lepas habis dinner, beransur balik ke hotel Solaris di Kuta. Bila dah sampai hotel ni, tetiba terasa kejap je cuti ni nak habis! Esok dah nak balik huhu sob sob

 

HARI KEEMPAT – 03/12/2019

Pagi hari ke-4 ni kitaorg macam biasa, breakfast pukul 8 dan pukul 9 check out, gerak ke Krishna, tempat shopping lagi haha (shopping saje lol). Kat sini kitaorg beli 2 lukisan untuk orang spesial hihi And beli ole ole untuk yang family, rakan kerja dan lain lain.

 

Dalam kul 10 lebih tu kitaorg dah sampai airport, awal jugak la hehe Sementara nak tunggu berlepas tu, kitaorg settlekan baggage, check in dan makan sebab kitaorg tak amik makanan dalam flight.

 

That’s the end of our journey! Alhamdulillah semua berjalan dengan sangat baik! Salah satu kenangan dan pengalaman MANIS bagi akhir tahun 2019. Tak shabar nak masuk tahun 2020 ni. Agaknya korang dah plan ke tahun depan nak ke mana? Jangan lupa untuk check out pakej yang best best di Pakej Kembara Raja Cuti okay? Confirm korang tak menyesal pilih sebab servis dan layanan dia memang the best 😊

Inshallah next trip untuk tahun depan kitaorg akan ke Jepun mungkin hehe Stay tuned untuk next Diari Kembara! 😉