7H6M | Mesmerizing Seoul and Jeju
Pengembaraan ini memberi anda peluang untuk melihat sendiri keunikan Seoul dan Jeju. Anda akan dibawa ke Paju untuk melawat Odusan Unification Observatory, Provence Village dan Haeyri Art Village. Jangan lepaskan peluang untuk belajar sendiri cara menyediakan makanan yang terkenal zama Joseon, bibimbap dan kimchi serta pengalaman mengenakan hanbok, pakaian tradisi wanita Korea. Anda juga akan dibawa melawat Petite France, tempat pengambaran k-drama ‘You Came from the Stars’. Pengembaraan anda di Seoul tidak lengkap sekiranya tidak ke Lotte World, Gyeongbok Palace dan masjid pertama di Korea, , Itaewon Mosque.
Di Jeju pula, anda berpeluang melalui Goblin Road, jalan yang terkenal dengan ilusi optikalnya. Anda juga dapat menikmati pemandangan indah di Dragon Head Rock, Teddy Bear Museum, Jusangjeolli Cliff, Green Tea Museum, Seongeup Folk Village, Seoangsan Sun Rise Peak dan Jongdari Beach Road.
Pada kaki shopping, Seoul dan Jeju menawarkan banyak pilihan produk tempahan. Hanya pilih sama ada anda mahu ke Ilchul Land, Itaewon shopping street, Ginseng Museum, Cosmetic shop, Pine Tree shop, Shinsegye Duty Free Shop, Namdaemun Market atau Myeongdong Street.
Pakej merangkumi:
• Penginapan 6 malam di hotel terpilih atau kemudahan sama (twin sharing) dengan sarapan pagi
• Makanan halal
• Pengangkutan balik ke lapangan terbang
• Pengangkutan persendirian mengikut koc
• Pemandu pelancong fasih berbahasa Inggeris (lawatan bandar)
• Yuran masuk untuk semua lawatan seperti yang disenaraikan dalam jadual perjalanan
• Tiket penerbangan tempatan (Gimpo – Jeju – Gimpo)
Tidak termasuk:
• Penerbangan antarabangsa dan cukai
• Perbelanjaan peribadi
• Wang tip untuk pemandu dan pemandu pelancong/pemandu
• Semua yang tidak disenaraikan termasuk dalam pakej ditawarkan
• Surcaj musim puncak
• Lawatan pilihan yang lain
Nota:
• Gyeongbok Palace akan digantikan dengan lawatan lain pada hari Selasa.
• Semua muzium ditutup pada hari Isnin. Lawatan lain akan disediakan.
• Musim puncak hotel:
– 11 Sep – 16 Sep 2019, 21 Dec 2019 – 2 Jan 2020
• Musim puncak untuk penerbangan domestic:
– 11 Sep – 16 Sep 2019, 21 Dec 2019 – 2 Jan 2020
• Musim puncak:
– 15 Oct – 15 Nov 2019
Sah sehingga: 29 Feb 2020